Seawal Usia 23, Abdul Halim Cipta Sejarah Rakyat Malaysia Pertama Ketua Kompeni Kadet Tentera Amerika

Kehidupan

Seawal Usia 23, Abdul Halim Cipta Sejarah Rakyat Malaysia Pertama Ketua Kompeni Kadet Tentera Amerika

Seorang rakyat Malaysia pertama telah mencipta sejarah apabila beliau adalah salah seorang rakyat Malaysia pertama menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Kompeni Kadet di Akademi Tentera Amerika Syarikat West Point.

Seawal usia 23 tahun, Abdul Halim Abdul Rahim menggalas tugas yang bukanlah mudah. Sifat kepimpinan yang ada dalam diri beliau telah berjaya mengetuai 120 anggota pasukannya dengan cermerlang.

Advertisement

Beliau bukan sahaja menonjolkan kemampuan menjadi pegawai tentera darat berkaliber tetapi mempunyai karisma tersendiri.

 Ini satu daripada pengalaman berharga bagi saya selepas ‘terbang’ ke New York seawal usia 19 tahun untuk menjalani latihan ketenteraan.

Antara cabaran ketika mengetuai kompeni ini ialah memimpin rakan sepasukan yang sebaya. Oleh itu, saya perlu ada keyakinan dan banyak bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman.

Abdul Halim merupakan seorang daripada 15 kadet tentera darat antarabangsa dari beberapa negara yang menerima biasiswa Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat pada 2015, dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di akademi tentera berkenaan.

Beliau baru sahaja pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajiannya, Abdul Halim pernah menuntut di Maktab Tentera Diraja (MTD) pada 2012 dan 2013, turut berkongsi pengalamannya menjalani latihan ketenteraan selama empat tahun di akademi yang terletak di New York itu.

Untuk mendapat biasiswa ini saya perlu ‘bersaing’ dengan rakan-rakan semasa menuntut di peringkat asasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 2014.

Saya perlu melepasi ujian fizikal selama setahun dan temuduga dikendalikan Kedutaan Amerika Syarikat.

Saya mengambil masa selama satu semester untuk cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran di sana. Saya banyak diberi pendedahan mengenai kursus lebih ‘advance’ seperti kursus payung terjun, abseiling dari helikopter dan sebagainya kerana mempunyai kelengkapan dan peruntukan yang besar.

Menceritakan lebih lanjut, Abdul Halim turut mempunyai pengalaman berpuasa ketika melakukan latihan asas ketenteraan yang dijalankan setiap kali musim panas, dari Mei sehingga Ogos.

 

Puasa di sana lebih kurang 16 jam. Walaupun kami kumpulan minoriti Islam, kami bebas melakukan ibadah tanpa sekatan. Latihan juga berjalan seperti biasa dan mereka mempunyai jangkaan yang sama terhadap prestasi kami sama seperti orang lain.

Sementara itu, Abdul Halim berkata antara pengalaman tidak dapat dilupakan ketika menuntut di sana ialah berjaya menghasilkan ‘pembekalan dron berautonomi menerusi sistem airdrop’ sebagai projek tahun akhirnya yang bertujuan membekalkan tentera dengan peralatan khusus dalam masa singkat.

Hasil projeknya itu dibawa menyertai pertandingan reka bentuk askar di Massachusetts Institute of Technology pada Mac lepas, dan berjaya meraih tempat ketiga.

Beliau bakal melapor diri di Kementerian Pertahanan dan akan menggalas tugas menjaga keamanan negara sebagai Pegawai Tentera Darat seperti diimpikan sejak kecil.

Saya bakal meneruskan legasi ditinggalkan ayah suatu masa dahulu yang pernah menjadi pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia. Kini, saya bakal berkhidmat kepada tanah air tercinta.

Sumber: Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...