“Seat Kami Diberi Pada Staf” – Lelaki Beli Tiket ‘Business Class’ Tapi MAS Tukar Kepada ‘Economy Class’ Tanpa Beritahu

Kehidupan

“Seat Kami Diberi Pada Staf” – Lelaki Beli Tiket ‘Business Class’ Tapi MAS Tukar Kepada ‘Economy Class’ Tanpa Beritahu

Apa perasaan korang kalau dah spend duit untuk beli tiket penerbangan business class tapi tahu tahu bila nak berlepas tu rupanya seat ditukar?

Pengalaman itu dilalui seorang lelaki bernama Daniel Chan dengan satu syarikat penerbangan di mana dia berkongsi tentang cerita tersebut baru-baru ini di Facebook.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, Daniel berkata dia telah membeli tiket penerbangang Malaysia Airlines untuk bercuti bersama dengan keluarga ke Shanghai pada Mei lalu.

Tetapi, dua daripada enam tiket business class dibelinya ditukar kepada economy class pada hari penerbangan dan dia tidak diberitahu tentang penukaran itu.

tix flight

Selepas menyuarakan hal itu, pihak penerbangan kemudian ‘memberikan’ semula satu seat namun seorang daripada ahli keluarganya tetap perlu duduk economy class.

Lebih membuatkan Daniel berasa kecewa, satu seat economy class yang dibelinya itu diberikan kepada seorang staf Malaysia Airlines.

Selepas pulang dari percutian, Daniel memaklumkan tentang pengalamannya itu kepada pihak Malaysia Airlines namun dia hanya diberikan satu free upgrade tiket dan hanya sah digunakan dalam tempoh enam bulan.

Kamu fikir kami pergi bercuti berseorangan? Enam bulan selepas percutian terakhir kami?”

Tambah Daniel, sebagai seorang pelanggan setia syarikat penerbangan itu, dia mempunyai expectation yang tinggi dengan servis mereka namun insiden yang berlaku ini membuatkannya benar-benar kecewa.

 

Perkongsian itu meraih perhatian warganet di Facebook dan ramai individu yang berkongsi tentang pengalaman buruk serta review negatif terhadap syarikat penerbangan itu.

Malah ada yang mengkritik tindakan MAS yang tidak memberikan refund tiket kepada Daniel selepas menukarkan satu seat kepada kelas economy class.

11 months ago

Anak Menangis & Ketua Kabin Tak Bagi 'Infant Belt', Viral Syarikat 'Airlines' Baru Cuba Halau Penumpang Keluar Pesawat

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...