Apa perasaan korang kalau dah spend duit untuk beli tiket penerbangan business class tapi tahu tahu bila nak berlepas tu rupanya seat ditukar?
Pengalaman itu dilalui seorang lelaki bernama Daniel Chan dengan satu syarikat penerbangan di mana dia berkongsi tentang cerita tersebut baru-baru ini di Facebook.
Menerusi hantaran tersebut, Daniel berkata dia telah membeli tiket penerbangang Malaysia Airlines untuk bercuti bersama dengan keluarga ke Shanghai pada Mei lalu.
Tetapi, dua daripada enam tiket business class dibelinya ditukar kepada economy class pada hari penerbangan dan dia tidak diberitahu tentang penukaran itu.
Selepas menyuarakan hal itu, pihak penerbangan kemudian ‘memberikan’ semula satu seat namun seorang daripada ahli keluarganya tetap perlu duduk economy class.
Lebih membuatkan Daniel berasa kecewa, satu seat economy class yang dibelinya itu diberikan kepada seorang staf Malaysia Airlines.
Selepas pulang dari percutian, Daniel memaklumkan tentang pengalamannya itu kepada pihak Malaysia Airlines namun dia hanya diberikan satu free upgrade tiket dan hanya sah digunakan dalam tempoh enam bulan.
Kamu fikir kami pergi bercuti berseorangan? Enam bulan selepas percutian terakhir kami?”
Tambah Daniel, sebagai seorang pelanggan setia syarikat penerbangan itu, dia mempunyai expectation yang tinggi dengan servis mereka namun insiden yang berlaku ini membuatkannya benar-benar kecewa.
Perkongsian itu meraih perhatian warganet di Facebook dan ramai individu yang berkongsi tentang pengalaman buruk serta review negatif terhadap syarikat penerbangan itu.
Malah ada yang mengkritik tindakan MAS yang tidak memberikan refund tiket kepada Daniel selepas menukarkan satu seat kepada kelas economy class.