“Seandainya Saya Masih Berada Di Rumah, Mungkin Saya..” – Pernah Ambil Ubat, Shila Amzah Dedah Pernah Cuba Ambil Nyawa Sendiri

Hiburan

“Seandainya Saya Masih Berada Di Rumah, Mungkin Saya..” – Pernah Ambil Ubat, Shila Amzah Dedah Pernah Cuba Ambil Nyawa Sendiri

Baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah mengakui pernah melalui pelbagai cabaran dalam hidup di usia muda, malah pernah terfikir untuk membuat keputusan drastik iaitu mengambil nyawa sendiri.

Pernah cuba ambil nyawa sendiri

Memang momen yang sukar buatnya, Shila atau nama sebenar, Nurshahila Amir Hamzah menanggap ketika itu merupakan detik terendah dalam hidupnya.

Advertisement

Akuinya lagi, walaupun dikelilingi ramai orang, tetapi dia tetap berasa sepi serta keseorangan.

Saya pernah ambil ubat, ia sangat sukar. Ingatkah dahulu saya pernah lari dari rumah yang menggegarkan satu Malaysia? Sebab saya cuba nak selamatkan diri. Seandaianya saya masih berada di rumah ketika itu, mungkin saya tiada di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah 茜拉 (@shahilaamzah)

Mulakan kerjaya seni semula tanpa bantuan bapa

Ketika ditanya oleh hos podcast tersebut iaitu pengacara, Datuk Aznil Nawawi apakah cubaan yang pernah nak dilakukan olehnya, Shila lebih selesa untuk tidak bercerita lanjut.

Tambahannya lagi, dia pernah menghantar surat rasmi kepada bapa sendiri iaitu Datuk ND Lala untuk menamatkan perkhidmatannya sebagai pengurus kerjaya seni.

Shila juga berkongsikan cerita bagaimana dirinya memulakan semula dalam kerjaya seni dengan pengurusan sendiri hingga mampu untuk mengumpul wang semula serta membeli rumah.

shila amzah
2025-08-08 09:08:30

"Walau Dalam Perkahwinan, Tapi Saya Buat Semua Sendiri" - Shila Amzah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : MStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...