Keputusan pelakon dan usahawan Mawar Rashid untuk tidak lagi berhijab mengejutkan ramai orang dan menjadi bualan hangat di media sosial hari ini.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh ibu kepada dua cahaya mata di Instagram yang meminta maaf dan memaklumkan dia sudah mencuba yang terbaik untuk istiqamah.
Seperti tahu dirinya yang menjadi sasaran dikritik warganet kerana tindakannya itu, Mawar turut memaklumkan akan berehat dari alam maya sehingga dia bersedia daripada segi mental untuk menghadapinya.
Selamat tinggal dunia. Saya akan kembali apabila saya bersedia secara mental. Sayang kamu semua.
Dalam pada itu, abang iparnya, Fazley Yaakob berkata Mawar mengalami masalah tekanan mental yang serius dan meminta orang ramai untuk mendoakan adik iparnya.
Fazley juga enggan memberikan komen lanjut tentang keputusan Mawar dan enggan masuk campur urusan adiknya, Raf Yaakob dan isteri.