Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Memang murah rezeki Scha semenjak menjadi isteri ini. Terbaru, Scha dilantik menjadi Duta Avon menggantikan Fazura. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Scha atas perlantikan ini.
Kini Avon mempunyai 2 orang selebriti sebagai duta mereka iaitu Neelofa dan Scha. Scha ditugaskan sebagai jurucakap untuk segala produk wangian Avon. Kata Scha:-
Saya kini mengambil alih tugas yang ditinggalkan Fazura. Tugas saya adalah menjadi duta dan jurucakap untuk semua produk haruman termasuk yang terbaru, City Rush daripada Avon. Neelofa pula adalah duta untuk produk kecantikan dan make-up dan ia lebih dikenali sebagai Avon Colors. Jadi saya harap dengan penjelasan ini akan dapat enjernihkan kekeliruan yang ada.
Sementara itu Fazura pula mengganggap perlantikan Scha sebagai Duta Avon menggantikan dirinya adalah satu perkara biasa. Abang Nara terharu mendengar kata-kata Fazura yang sangat positif. Katanya:-
Saya melihat perkara ini sebagai lumrah atau perkara normal. Jauh sekali untuk saya berkecil hati atau memandang ia dari sudut negatif. Satu perkara biasa buat saya. Bagi saya Scha Al-Yahya adalah seorang aktres yang jelita dan popular. Malah dia juga mempunyai produk yang kuat di belakangnya seperti drama dan filem. Sebaliknya, saya jarang ada produk sepertinya.
Kan bagus kalau semua selebriti bersikap positif macam Fazura ini? Tak ada nak dengki-dengki. Pasti aman bahagia. Apa pun tahniah kepada Scha atas perlantikan ini sekali lagi. Kepada Fazura, pasti ada rezeki yang lebih baik untuk anda selepas ini. Info portal Murai.