Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Scha Dan Awal Bakal Berkahwin Sekitar Mac-Jun Tahun 2012

Selepas pengumuman perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani, ramai yang ternanti-nanti bilakah satu lagi pasangan merpati dua sejoli iaitu Scha dan Awal akan mengumumkan tarikh pernikahan mereka. Untuk makluman, awal tahun dahulu Scha pernah memberitahu yang mereka berdua akan bergelar suami isteri pada hujung tahun 2011. Nampaknya hajat tersebut tidak kesampaian.

scha dan awal

Advertisement

Dan yang terbaru, melalui BiPop semalam, Scha mengakui yang dia bakal mendirikan rumah tangga bersama Awal sekitar bulan Mac sehingga Jun 2012. Namun ini semua bergantung kepada kekosongan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kerana mereka hanya akan melakukan majlis perkahwinan di situ. Kata Scha:-

Time frame yang kami berikan kepada PICC adalah sepanjang Mac hingga Jun depan.Justeru, saya tak berani mengesahkan tarikh sebenar bila kami nak kahwin, kena tunggu tarikh yang betul-betul sesuai, terutama musim cuti persekolahan atau cuti umum sepanjang Mac hingga Jun ini

Dan Scha juga memaklumkan yang dia masih tidak membuat apa-apa persiapan dan tidak tahu apa-apa tentang penyiaran ekslusif perkahwinannya kelak:-

Desas-desus yang mengatakan Astro akan mendapat hak penyiaran eksklusif perkahwinan kami menjelang Februari depan, itu tidak benar.Mungkin akan ada pasangan artis lain yang berkahwin Februari depan dan Astro bakal menyiarkan majlis persandingan mereka, itu saya tidak tahu. Tapi saya dan Awal tak mungkin, PICC belum beri tarikh, katering tak ada lagi, kursus kahwin pun tak pergi dan baju kahwin pin tak tempah lagi. Kononnya ada sumber daripada pereka fesyen pakaian pengantin dah pecah lubang memaklumkan saya dan Awal memang bercadang memilih Februari untuk bernikah, tolonglah panggil pereka fesyen itu, siapa yang beritahu! Saya hanya akan buat baju sekiranya dah dapat tarikh yang sesuai dari PICC.

Harap-harap Scha dan Awal akan dapat tarikh cepat-cepat daripada PICC. Kalau boleh dalam bulan Mac lagi cantik. Bulan Februari Lisa dan Yusry kahwin, bulan Mac Scha dengan awal pulak. Meriah industri hiburan kita. Tak gitu? Apa-apa pun Abang Nara doakan agar segala persiapan perkahwinan anda akan berjalan dengan lancar nanti.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

52 Comments

  1. shalaydrus

    March 27, 2012 at 11:09 pm

    congrats cousin ! cant wait to see your big day !

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top