Scha Alyahya Dedah Masih Kekalkan Nama L & A Untuk Anak Kedua

Hiburan

Scha Alyahya Dedah Masih Kekalkan Nama L & A Untuk Anak Kedua

Mendedahkan kehamilan cahaya mata kedua merupakan hasil rezeki ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), usia kandungan pelakon Scha Alyahya kini sudah mencecah enam bulan.

Advertisement

Menurutnya, beliau dan suami, Awal Ashaari tidak akan menyembunyikan jantina anak kedua mereka.

Dedah Scha lagi, kedua-dua mereka akan tetap mengekalkan nama pangkal L & A seperti anak sulung mereka iaitu Lara Alana.

“It’s a good random question! InshaAllah itulah perancangan Awal dan saya,”

Meskipun kini sarat hamil, Scha dilihat masih aktif mengatur langkah menerima tawaran daripada pelbagai cabang dalam industri hiburan ini dengan demi kelangsungan hidup.

Untuk rekod, Scha yang juga bekas juara Dewi Remaja itu khabarnya sebelum ini pernah dikatakan terlalu down saat melalui fasa pertama kehamilan sehinggakan mahu memadam akaun Instagram namun dibantah oleh suaminya.

Sumber: Hot FM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...