Percutian ke luar negara sememangnya satu perkara yang menyeronokkan. Namun apa yang dialami oleh Scha Al Yahya ketika bercuti ke London dan Paris bersama suaminya, Awal Ashaari dan Lara Alana adalah satu pengalaman yang sering dirasai oleh ibu bapa yang membawa anak bersama-sama ketika bercuti. Abang Nara dan wife sendiri pernah berasa begitu tertekan apabila bercuti bersama Aariz dan Arissa. Banyak tekanan, perancangan tak menjadi, stress, bengang dan macam-macam lagi. Kanak-kanak mempunyai ragam mereka yang tersendiri. Secara jujur, memang tak sesuai membawa anak yang masih kecil bercuti ke luar negara kerana ia akan membebankan diri kita dan juga anak itu sendiri.
Antara tekanan yang Abang Nara pernah lalui ialah jetlag yang dialami oleh anak-anak sehingga nak keluar hotel pergi berjalan pun tak boleh. Lepas itu bila dah siap nak keluar anak terbuang air besar pulak. Lepas itu kalau sorang tidur sorang terbangun. Jadi nak keluar pun tak boleh. Memang Abang Nara serik nak bawa anak-anak bercuti. Itulah yang turut dirasai oleh Scha. Kata Scha:-
Sebenarnya saya tidak mahu bawa Lara bercuti bersama kami, tetapi Awal pula tidak sampai hati. Ini kali pertama kami bercuti dengan anak tanpa pembantu rumah dan keadaan kami menjadi kucar kacir. Mana nak jaga anak, nak jaga beg luggage lagi. Tak sangka ia menjadi satu pengalaman yang sangat sukar.
Memang serik dibuatnya. Untuk percutian akan datang, saya akan pastikan membawa pembantu rumah bersama atau sesiapa sahaja agar memudahkan pergerakan.
Scha dan Awal terpaksa membatalkan percutian mereka ke Amsterdam dan perancangan untuk membeli belah di London dan Paris juga terpaksa diabaikan. Begitulah bila bercuti dengan anak kecil. Memang kena ikut jadual dia. Jadual yang kita rancang boleh tolak ke tepi. Semuanya ikut mood si anak. Kalau dia nak tidur, kita pun kenalah tidur sekali. Bila keluar pula asyik menangis sebab tempat baru. Inilah cabaran-cabaran kalau bercuti ke luar negara bersama anak.
Abang Nara sering menasihati kawan-kawan yang nak bercuti ke luar negara dan membawa anak mereka untuk melupakan hasrat suci itu. Baik tinggalkan sahaja anak-anak di rumah. Kesian kat diri kita dan kesian kat diorang. Masing-masing tak enjoy nanti. Percayalah cakap Abang Nara ini. Lagi beberapa gambar pasangan suami isteri ini berhari raya dengan membaca artikel sepenuhnya.