Baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 34, pelakon Scha Al Yahya sempat untuk meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata kedua. Menurut Scha, beliau dan suaminya, Awal Ashaari sedang berusaha untuk mendapatkan adik buat Lara Alana.
Insya-Allah kami memang merancang dan kami sedang berusaha ke arah itu.
Dalam pada itu, Scha sempat untuk mengulas mengenai majlis sambutan hari lahirnya yang diraikan dengan cukup meriah. Ia sebenarnya satu kejutan daripada suami tercinta. Namun, ia agak kurang menjadi kerana Scha akui beliau bukanlah seorang yang sukakan kejutan.
Walaubagaimanapun, Scha tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir dan terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.
Majlis tersebut pada awalnya dirancang oleh Awal dan kawan-kawan rapat kami. Saya tidak menjangkakan sebuah majlis yang meriah kerana saya cuma minta Awal sediakan pulut kuning sahaja sempena ulang tahun kelahiran saya.
Apabila Dynas Mokhtar dan seorang kawan lagi mengajak saya makan malam bertemakan kebaya, saya sudah dapat mengagak ia pasti kejutan untuk saya. Apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis sambutan hari jadi saya.
Semoga hasrat Scha untuk menimang cahaya mata kedua akan dipermudahkan. Tidak sabar rasanya kami ingin menunggu berita gembira itu nanti.