Scha Al Yahya Nasihat Selebriti Tidak Perlu Tertekan Dengan Kecaman Netizen

Hiburan

Scha Al Yahya Nasihat Selebriti Tidak Perlu Tertekan Dengan Kecaman Netizen

Kehidupan sebagai selebriti tidak dinafikan memang glamor tetapi ia tidaklah mudah seperti yang disangkakan. Kena berhati-hati dalam berkongsi apa jua perkara agar tidak mencetuskan kontroversi dan dikecam netizen.

scha al yahya dikecam

Advertisement

Pelakon Scha Al Yahya antara selebriti yang sebelum ini menerima banyak kecaman netizen, dari segi penampilannya sehinggalah cara dia mendidik anak. Bagaimanapun, Scha langsung tidak ambil pusing mengenai persepsi orang lain mengenai dirinya dan menasihati selebriti tidak perlu terlalu tertekan dengan komen netizen.

Kehidupan seorang selebriti stres dan depres jika terlalu ikut apa yang orang luar mahukan kerana selebriti hanya manusia biasa yang tidak sempurna. Kekuatan mental itu sangat penting, kena tahu siapa diri kita dan jangan terlalu risau dengan apa yang orang cakap fasal kita.

scha al yahya awal ashaari

Pada pendapatnya, tidak salah jika ada segelintir selebriti menjadikan media sosial sebagai medium untuk mereka meluahkan rasa hati dan masalah.

Media sosial menjadi medium dan outlet segelintir selebriti melepaskan perasaan sama ada buat video atau live. Mungkin mereka rasa ingin berkongsi atau rasa sunyi. Mereka mahu rintihan didengari sehingga mereka nampak seperti memberontak dan kaki drama. Saya rasa tak ada masalah, asalkan perkara itu tidak menyakiti diri mereka sendiri.

scha al yahya
Dalam pada itu, Scha sempat “menyekolahkan” netizen agar janganlah meletakkan harapan terlalu tinggi kepada selebriti kerana mereka hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...