November 16th, 2008

Oh Scha, walaupun dalam Bi-Pop hari ini kau cakap suaramu seperti jantan, aku tetap mengkagumi lakonanmu. Taklah sejantan mana suaramu berbanding jantan-jantan lain. Nasib baik suara kau bukan macam suara itik Fasha Sandha.

Sepatutnya engkau bersyukur wahai Scha. Semenjak dua ni aku tengok kau punya saham meletup-letup. Aku akui bakat lakonan kau memang mantap, semantap wajahmu yang mampu mencairkan Dato’-Dato’ di luar sana.

Tambah pulak dengan gosip engkau dengan pelakon perasan lelaki Melayu terakhir, Fahrin Ahmad, nama engkau memang makin panas sekarang nie. Jangan lupa daratan dan buat kepala macam artis-artis perempuan yang lain udah le.

Kalau nak tau apa Scha cerita dalam BiPop hari ini, bolehlah ke laman BiPop sendiri atau OhBulan.

Written by AbangNara
 
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...