Selepas enam tahun berumah tangga dan menimang cahaya mata pertama, Lara Alana tiga tahun lalu, pasangan Scha Al – Yahya dan Awal Ashaari kini sudah bersedia untuk menambah anak. Scha tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua mereka dalam tempoh terdekat.
Setelah enam tahun mendirikan rumah tangga, saya berdoa supaya diberikan segera rezeki untuk menambah anak. Sebelum ini, kami merancang kerana mahu memberi ruang kepada Lara untuk matang sedikit sebelum dikurniakan adik.
Pada awal perkahwinan dulu, kami menanti lebih setahun sebelum dikurniakan Lara. Saya sedar, usia semakin bertambah, jadi saya berharap perancangan ini akan dipermudahkan oleh-Nya.
Harapnya hasrat Scha dan Awal untuk menambah bilangan anak mereka akan dipermudahkan. Berdoa dan teruskan berusaha, inshaAllah ada lah rezeki tu.