Walaupun baru sahaja berusia 4 tahun, siapa sangka Lara Alana sudah pandai memahami dan menjiwai sesebuah lagu. Menurut pelakon Scha Al Yahya, hati anaknya itu mudah tersentuh sehingga mengeluarkan air mata ketika mendengar lagu sedih.
Lara memang tidak boleh dengar lagu sedih. Dia mudah tersentuh dan menangis. Sudah lama saya perasan perkara ini. Dia macam Awal yang pandai ‘berdrama’.
Bagi orang luar yang melihat kanak-kanak seusia dengannya memahami dan menjiwai sesebuah lagu, sesuatu yang mengejutkan. Malah, pasang lagu sedih walaupun lagu budak-budak pun dia akan menangis.
Tidak mahu anaknya terbawa-bawa dengan emosi sedih, Scha dan suaminya, Awal Ashaari akan memasang ayat-ayat suci Al-Quran untuk didengari oleh Lara sebelum tidur.
Kita yang dewasa ini pun belum tentu boleh faham maksud sesebuah lagu. Bak kata Scha memang anaknya itu cukup berbeza dengan kanak-kanak lain.