Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Scammer Menyamar Guna Gambar Lan Solo, Minta Pekerja Pindahkan Wang Ribuan Ringgit

Mendedahkan terdapat pihak yang cuba menyamar menjadi dirinya dengan cuba memperdaya pekerjanya melakukan pemindahan wang, penyanyi Lan Solo menyatakan individu tersebut menggunakan gambar yang sama dengan imej profil di aplikasi WhatsApp peribadi miliknya.

lan solo ditipu scammer

Advertisement

Menurut Lan, individu tersebut menghantar mesej kepada nombor bisnesnya yang diurus pekerja untuk pindahkan wang.

“Memang kebetulan ketika itu saya ada kerja di luar. Mungkin staf merasakan saya betul-betul tak sempat nak buat transaksi sebab mereka pelik memandangkan selama ini saya jarang berhubung terus dengan pekerja.”

Bagaimanapun, nasib menyebelahi dirinya apabila pekerjanya sempat membuat semakan terlebih dahulu untuk bertanya sama ada nombor tersebut adalah sah atau tidak.

Terdahulu, Lan menerusi muat naik di Instagram mendedahkan individu tersebut meminta pekerjanya memindahkan wang berjumlah RM1,350 kepada nombor akaun yang palsu.

lan solo ditipu scammer

“Kemudian kami dapat tahu ada beberapa orang lain lagi juga berdepan situasi sama. Cuma, apabila kita cuba hubungi nombor tersebut semula, sudah tak aktif lagi.”

Malah, Lan juga bertindak memuat naik nombor telefon scammer tersebut sebagai usaha untuk mengekang isu ini dari terus berleluasa dan memastikan orang ramai juga tidak mudah ditipu oleh individu tidak bertanggungjawab ini.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top