Pelakon Ummi Nazeera memberi peringatan kepada pengikut media sosialnya agar tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan yang menggunakan namanya untuk tujuan berkenaan.
Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin menjelaskan bahawa dia cakna dengan sindiket yang dilakukan ‘scammer’ itu setelah menerima banyak maklumat daripada peminatnya yang meminta kepastian.
View this post on Instagram
Kata aktres itu lagi, individu tersebut menawarkan telefon bimbit jenama terkenal secara percuma dengan beberapa syarat tertentu.
Saya dapat tahu benda ini pun daripada pengikut saya di laman sosial. Mereka mesej bertanyakan kesahihah betul atau tidak. Scammer itu pula tawarkan telefon berjenama secara percuma. Siapa tak nak. Tapi Alhamdullilah belum ada yang mesej saya kata kena tipu.
Pelakon drama Korban Kasih ini juga memaklumkan bahawa dia akan membuat laporan polis jika pihak tidak bertanggungjawab itu berterusan menjalankan perbuatan terkutuk itu.
Ummi berkongsi info tersebut di laman Instagram untuk perhatian peminat dan juga pengikut media sosialnya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.