Scam ‘Postage’: “RM90 Terbang Begitu Sahaja”

Trending

Scam ‘Postage’: “RM90 Terbang Begitu Sahaja”

Mesti ramai yang suka beli barang online dan pastinya korang ternanti-nanti abang-abang courier datang hantar barang yang dibeli tu.

Macam mana pula kalau korang tak ada order apa-apa tapi ada postage sampai depan rumah? Ini bukan suprise,  sekarang postage pon dah ada scammer.

Advertisement

Ya betul! Perkara ini baru sahaj terjadi kepada seorang pemuda dan dia kongsikan pengalamanya ditipu oleh scammer menggunakan postage di twitter.

Scam ni aku ingat selalu macam dapat call dari nombor luar negara, scam jual telefon….. Rupanya pakai DHL courier pon boleh.

Hati-hati guys.

So tengah hari tadi ada orang call tanya ada kat rumah tak sebab dia nak hantar barang yg aku order. Aku pon jadi pelik la sejak bila pulak aku beli barang online ni kan. Aku pon call la abg aku kebetulan dia ada kat rumah.

Lepas tu abang aku call balik dia tanya benda apa yang aku beli tu. By the way, orang yang hantar barang tu guna DHL courier. Dia cakap aku tak bayar lagi. Aku kalau beli barang online dari China,shopee,lazada semua buat online banking. Dah la RM90.

Aku dah fikir lain ni. Ada bom dalam bungkusan tu, bila bukak BOOMMM!!! meletop. disebabkan nak tau sangat dalam bungkusan tu apa, aku pon suruh la abang aku bayarkan dulu. RM90 weh banyak tu.

Ni haaa sender address dia. Ingat eh nombor ni 0378902850.

Kotak tu memang ringan dan dalam kotak tu ada rantai. Plastik siott.

Bengang betul aku harini RM90 terbang begitu saja. Lepastu aku search google nombor tu kan. Hahahaha rupanya sama kena tipu macam aku.

Ni aku check pakai apps Truecaller.

So lepas ni kalau ada posmen kata nak hantar parcel padahal kau tak beli barang online pon, JANGAN TERIMA. Jangan disebabkan nak tau apa dalam bungkusan tu melayang RM90 kau. Biar aku yang kena sudah.

Sumber: @hdikhr

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...