“Scam Ke Ni?” – ‘Refund’ Tiket Konsert Justin Bieber Masih Belum Diterima, Peminat Tak Puas Hati

Hiburan

“Scam Ke Ni?” – ‘Refund’ Tiket Konsert Justin Bieber Masih Belum Diterima, Peminat Tak Puas Hati

Dikhabarkan, sudah hampir sebulan peminat Justin Bieber yang membeli tiket sempena konsert jelajah dunia masih belum menerima wang ‘refund’ gara-gara penangguhan acara tersebut.

Difahamkan juga ramai yang mengambil keputusan untuk mendapatkan semula wang pembelian tiket berikutan tiada tarikh muktamad mengenai Justin akan kembali semula ke pentas.

Advertisement

Pihak penganjur, PR Worlwide juga didakwa tidak memberikan respon dan maklumat mengenai ‘refund’ yang ditagih peminat.

Malah, ada juga peminat Justin Bieber yang menghantar mesej peribadi ke Instagram penganjur untuk bertanyakan mengenai hal itu namun dipandang sepi.

Sepatutnya wang ‘refund’ itu dikreditkan kembali ke akaun peminat sekitar 21 Oktober hingga 21 November oleh pihak penganjur.

Info terbaru, GoLive ada memaklumkan bahawa bayaran balik dijangka akan dibuat pada Disember ini.

Sekadar maklumat tambahan, Konsert Justice World Tour dijadualkan berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.

Harga tiket yang dijual pula bermula daripada RM288 sehingga RM2,088 bagi pakej VIP.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Tengoklah Owner Dia Siapa” – Jual Biskut Batik Keras Kejung, Bisnes Ameera Khan Undang Kecaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...