Sazzy Falak Nafi Sokong Tindakan Alvin & Vivian

Hiburan

Sazzy Falak Nafi Sokong Tindakan Alvin & Vivian

Pastinya anda mengenali siapakah itu Alvin dan Vivian. Mereka ialangan pasangan kaum Cina yang telah berkongsi gambar berbuka puasa dengan Bah Kut Teh sehingga menyebabkan kemarahan umat Islam Malaysia. Akibatnya, mereka berdua kini sedang di dalam proses perbicaraan mahkamah.
sazzy alvin vivianSemalam, menerusi akaun Facebooknya, Sazzy Falak dilihat telah berkongsi satu artikel yang seolah-olah menyatakan sokongannya terhadap tindakan Alvin dan Vivian ini. Abang Nara juga agak terkejut pada mulanya. Takkanlah orang secerdik Sazzy tidak mampu berfikir betapa negatifnya perbuatan Alvin dan Vivian ini.

sazzy alvin vivian

Advertisement

Susulan itu, ratusan komen telah diluahkan oleh peminat-peminat Sazzy Falak yang melahirkan rasa kekecewaan mereka terhadap pelakon ini. Ramai yang tidak sangka Sazzy begitu tidak sensitif mengenai agamanya sendiri.

sazzy alvin vivian

Namun sebentar tadi, Sazzy Falak menafikan yang perkongsian status Facebook tersebut dilakukan oleh dirinya. Kata Sazzy kepada Utusan Malaysia:-

Bukan saya yang kongsi artikel tersebut di laman Facebook saya. Tetapi saya mungkin tahu siapa yang berkongsi artikel tersebut, bagaimanapun saya pasti tujuannya bukan untuk menjatuhkan saya.

Apa yang saya boleh kata, sebagai rakyat di negara berbilang kaum pasangan kontroversi ini juga seharusnya lebih sensitif dengan perkara berkaitan agama dan budaya.

Saya harus membaca kembali apa sebenarnya yang dilakukan oleh mereka berdua, bagaimanapun melihat respons orang ramai, pastinya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Saya pasti mereka seharusnya lebih sensitif mengenai hal ini. Dan saya tidak rasa ia bukan sesuatu perkara yang lucu, memandangkan perkara ini berkaitan agama dan budaya

Memang biasanya laman Facebook artis-artis ini diselia oleh orang lain. Diharap Sazzy dan artis-artis lain dapat memberikan panduan kepada mereka ini tentang apa yang boleh dan tak boleh dikongsi di Facebook. Takut-takut jika berkongsi sesuatu yang kontroversi menyebabkan nama baik artis itu sendiri yang tercemar. Tak gitu?

P.S: Gambar “spyshot” Smart For Two 2014

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...