“Sayur Lodeh Je Aku Pernah Makan” – Alaskan King Crab, Wagyu Dan Lobster Antara Menu Resepsi Majlis Kahwin Putera Mateen Dan Anisha

Gaya Hidup

“Sayur Lodeh Je Aku Pernah Makan” – Alaskan King Crab, Wagyu Dan Lobster Antara Menu Resepsi Majlis Kahwin Putera Mateen Dan Anisha

Belum habis cerita mengenai kisah perkahwinan ‘fairy tale’ antara Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan isteri, Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam yang berlangsung minggu lalu, tular pula mengenai menu makanan yang disediakan kerabat Brunei itu buat para tetamu yang hadir ke majlis resepsi gilang gemilang itu.

Difahamkan, Majlis Santapan Diraja itu berlangsung pada malam 15 Januari dan dihadiri golongan kenamaan, pemimpin politik, kerabat diraja Antarabangsa, ahli keluarga dan rakan-rakan pengantin.

Advertisement

Mateen Anisha

Menu santapan diraja jadi tumpuan

Sepupu kepada Putera Mateen menerusi satu hantaran Instagram miliknya ada memuat naik senarai menu makanan yang mewah dan pastinya menyelerakan.

Antaranya, Alaskan King Crab Salad with Iranian Cavier, Marinated Lobster Tail with Papaya Slaw, Braised Wagyu Beef Percik with Truffle, Stew Lamb with Kerutup Sauce dan lain-lain.

Perkongsian yang kemudiannya dimuat naik kembali di aplikasi X itu kemudian mengundang pelbagai respon dalam kalangan netizen.

MEnu santapan dirajaSumber : Instagram  

Kata netizen, ada sesetengah menu jika ditukar kepada Bahasa Melayu pernah juga dimakan oleh rakayat kebanyakan seperti contoh sayur lodeh (Royal’s Mixed Vegetables In Coconut Milk) dan juga pajeri nanas (Pineapple pajeri).

Sekadar info, Putera Abdul Mateen Bolkiah telah selamat diijab kabul dengan wanita pilihan Anisha Rosnah pada 11 Januari lalu bertempat di masjid berkubah emas di ibu negara Bandar Seri Begawan.

Kedua-duanya diraikan dengan acara gilang-gemilang dan penuh istiadat negara itu dan ia turut berlangsung dalam tempoh 10 hari bermula 7 Januari lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wakeel
12 months ago

"Bukan Kena Tinggal, Tapi.." - Putera Mateen 'Off Market', Kini Tular Pulak Si Adik Pengiran Muda Abdul Wakeel

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...