Tiada apa yang lebih bermakna bagi seorang graduan apabila ibu bapa hadir menyaksikan mereka menerima ijazah di majlis konvokesyen selepas bertungkus lumus menamatkan pengajian.
Bagaimanapun, situasi itu tidak berlaku kepada pelajar dari Filipina yang tular dalam satu Tweet pada minggu ini.
Paulo John, graduan dari Filipina telah mendapat perhatian netizen apabila beliau membawa ‘standee’ menyerupai ibunya ke majlis konvokesyen di Philipine International Convention Centre (PICC), Pasay City.
Tweet Paulo telah memuatnaik gambarnya di Twitter dengan kapsyen:
Ini khas untuk ibu tercantik! Ma, anak sulungmu sudah bergraduasi. Saya berharap ibu gembira di alam sana dengan berita gembira ini. Saya telah menamatkan ijazah saya demi ibu.
“I love you very much.”
SA PINAKA MAGANDA KONG NANAY! MA, GRADUATE NA PANGANAY MO SANA HAPPY KA JAN SA PILING NI GOD. ITO ANG GUSTO MO KAYA TINAPOS KO. MAHAL NA MAHAL KITA. ??
ALINSOG, PAULO JOHN
Bachelor of Science in Business Administration major in Business Management
SANA CUM LAUDE pic.twitter.com/FxVmXUZQ1K— Paulo John (@paudaexplorer) July 16, 2019
Tweet Paulo telah membuatkan ramai netizen tersentuh melihat beliau membawa gambaran ibunya semasa bergraduasi.
Paulo berjaya menamatkan Ijazah Sains Pertadbiran Perniagaan, memberitahu Coconuts Manila, ini adalah satu impian untuk ibunya.
Tetapi, ibunya telah meninggal dunia pada tahun 2016 akibat pneumonia.
Saya telah menempah ‘standee’ ini dua minggu lepas sebelum hari konvokesyen kerana saya akan merasakan kehadiran ibu menemani saya pada majlis konvokesyen . Dan ini adalah impiannya untuk melihat saya tamat belajar.
Paulo meminta kepada kedai untuk membuat ‘standee’ dengan ketinggian 5’2 kaki(157cm) bagi menyerupai fizikal ibunya.
Beliau membawa sendiri ‘standee’ tersebut ke PICC dengan harapan untuk membalas semula jasa dan pengorbanan ibunya yang telah berkorban untuk menghantar beliau belajar.
Selama beberapa tahun, ibu saya merupakan ibu tunggal dan sanggup menghantar saya belajar di sekolah swasta. Hubungan saya dengan ibu sangatlah rapat. Selepas ibu berkahwin, baru ibu tidak pernah meminta wang dari bapa tiri bagi menghantar saya ke kolej.
Wang semuanya datang dari ibu dan juga ibu saudara saya.
Apabila saya membawa ‘standee’ ini pada majlis konvo, saya dapat merasakan kehadiran ibu dimana-mana sahaja saya berada.
Kuatnya kau adik, semoga sentiasa tabah dalam menghadapi kehidupan pada masa akan datang.
Diharapkan mereka yang kehilangan kedua-dua ibu bapa sentiasa mendoakan mereka, dengan doa dari anak-anak, mereka akan lebih tenang di dalam lain.
Sumber: Twitter