Sayangilah Payu Dara Anda Seperti Mana Diana Danielle Menyayangi Payu Dara

Hiburan

Sayangilah Payu Dara Anda Seperti Mana Diana Danielle Menyayangi Payu Dara

gambar diana danielle

Ok kami akui tajuk entri ini agak lucah. Tapi itu sahaja yang termampu kami tulis sebab memang ini yang kami nak perkatakan. Kanser payu dara atau breast cancer memang sangat-sangat ditakuti oleh semua insan yang dilahirkan sebagai seorang wanita. Kami percaya ramai pembaca-pembaca BeautifulNara adalah wanita. Maka kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru anda untuk selalu buat check-up untuk mengesan simptom-simptom awal kanser payu dara.

Advertisement

Diana Danielle baru-baru ini telah dilantik sebaga duta Breast Cancer Awareness Month. Untuk anda yang tidak tahu, bulan Oktober adalah bulan kesedaran untuk kanser payu dara. Dan warna rasmi bagi kempen ini ialah pink. Itu yang korang tengok semua gambar-gambar di entri ini semuanya berwarna pink.

Tahniah kami ucapkan kepada Diana Danielle yang sudah sedar mengenai bahaya kanser payu dara walaupun masih muda. Breast cancer ini memang sangat bahaya dan sangat mudah untuk terkena kepada kaum wanita. Diharapkan dengan kewujudan Breast Cancer Awareness Month ini, lebih ramai kaum wanita yang akan prihatin terhadap isu ini.

Kalau anda seorang wanita, kami syorkan anda untuk membuat pemeriksaan awal kanser payu dara. Lagi awal dikesan, lagi tinggi peluang untuk anda diselamatkan. Lagipun anda takkan rugi apa-apa kalau sekadar buat pemeriksaan sahaja. Tak gitu?

Lagi gambar Diana Danielle serba pink selepas ini untuk tatapan anda

gambar diana danielle

gambar diana danielle

gambar diana danielle

gambar diana danielle

gambar diana danielle

gambar diana danielle

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...