Sayangi Pasangan Kena Menyeluruh, Harus Merangkumi Jaga Kesihatan Pasangan Juga

Trending

Sayangi Pasangan Kena Menyeluruh, Harus Merangkumi Jaga Kesihatan Pasangan Juga

Dalam rumah tangga selain berkasih sayang, mencintai antara satu sama lain. Ambil peduli juga tentang kesihatan. Sayang dan cintai pasangan bermula dari dapur juga.

Advertisement

Apa yang kita hidangkan itulah yang kita dan ahli keluarga akan dapat. Ada saya tengok upload hari-hari selama seminggu makan soosej, ais krim, burger, air gas, air manis. Mengidam katanya. Tak betul tu. Bayi dalam perut tidak perlukan semua itu, kecuali semuanya homemade.

Kita sayang pasangan bagaimana UNTUK SELAMATKAN MEREKA DARI PELBAGAI PENYAKIT, bukan dari neraka semata. Talim baca, Quran baca, tahajjud setiap malam, picit kaki pasangan, tapi bab kesihatan dah lupa, semua benda nak bawa masuk dalam perut. Pergi seminar kasih sayang pun dihidangkan makanan tidak sihat, jauh menyimpang maksud KASIH SAYANG.

Sayang pasangan:

1) bawa isteri buat pemeriksaan kesihatan (Labur duit sikit jumpa pakar sakit puan)
-Suami buat ecg, pemeriksaan darah.

2) Ajak pasangan bersenam setiap hari

1 Hari 10 minit dah cukup, lama-lama boleh tingkatkan kepada berjalan 10ribu langkah tanpa henti.

3) Jadualkan waktu makan yang betul

Berusaha masak di rumah, bawa bekal ke pejabat, sekolah atau travel. Kurangkan makan diluar, dapat elak lagi bagus, lagi jimat duit.

4) Makanan sihat

Pastikan makanan di dapur adalah makanan yang sihat, segar. Bukan lambakkan makanan tidak sihat dalam peti sejuk.

Ajak pasangan kepada kurangkan makanan tinggi gula, garam dan tinggalkan makanan tiruan, air tiruan.

5) Kurangkan atau hentikan merokok

“Abang sayang PAH tak?”

Sayang lah, abang sanggup mati untuk PAH tau.

“Kalau macam tu boleh tak abang kurangkan isap rokok. PAH taknak abang mati awal, hutang banyak lagi belum selesai ni bang”

6) Produk kesihatan

Elakkan dari mengambil produk-produk kesihatan yang tidak berdaftar. Amalkan produk kesihatan mengikut panduan yang betul. Bukan balun pelbagai produk. Saya lebih gemar amal produk alami.

7) Bukan sedap tetapi tidak sihat

Kurangkan fikir soal makan, makan apa yang ada dan berkhasiat. Hidangkan kepada ahli keluarga makanan yang sihat dan sedap. Bukan sedap tetapi tidak sihat.

Ini tips paling RINGAN. Moga saya istiqomah.

-EncikMatt-

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...