Pelakon versatil, Datin Umie Aida baru-baru telah berkongsikan kisahnya menjaga seekor anjing jalanan yang diberi nama Blackie semenjak lima tahun yang lalu. Kisahnya itu ternyata telah mencuri perhatian kebanyakan peminatnya di media sosial baru-baru ini.
Kisah perjalanan Datin Umie Aida dalam menjaga Blackie telah diceritakan menerusi Instagram My Forever Doggo.
Menurut Umie Aida, dia bertemu Blackie ketika dia melihat segerombolan anjing sedang minum air longkan berdekatan dengan rumahnya. Timbul rasa kasihan, Umie bertindak meletakkan air dalam satu bekas khas untuk anjing-anjing itu.
View this post on Instagram
“Kemudian, pada suatu hari pihak berkuasa datang menangkap mereka namun salah seekor daripadanya terlepas. Blackie kemudian lari menyorok. Dia istimewa. Dia menghormati saya,tak pernah datang dekat seolah memahami saya. Malah, dia tak suruh pun saya sentuh dia. Tak kencing kawasan rumah saya.”
Di atas sifat keprihatinannya itu, Umie telah berjaya memupuk sifat kasihkan haiwan dalam kalangan anak-anaknya di rumah.
View this post on Instagram
Tambahnya, haiwan tak kira apa jenis pun adalah ciptaan tuhan dan perbuatan menyiksa binatang seperti anjing dan kucing adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.
“Hargai ciptaan Tuhan kepada kita dan janganlah seksa haiwan. Kita respek dunia mereka, mereka akan respek kita,” – Datin Umie Aida

Hamba Allah
December 4, 2020 at 11:38 am
Jangan halakan benda kalau dh haram
yana
December 7, 2020 at 3:09 pm
exactly, dah tau haram pun nak bela. Kucing tebiar lagi banyak naaa
anonymous
December 3, 2020 at 6:04 pm
sooo cuttteee miaw miaww and woof woof
You are
December 3, 2020 at 3:05 pm
It shouldn’t go viral, ya moron
Anonymous
December 3, 2020 at 11:42 am
this should go viral!