Seorang wanita berdepan patah hati di tengah kegembiraan sambutan Hari Raya Aidil Adha apabila mendedahkan kebenaran pahit di sebalik hubungan jarak jauh (PJJ) selama dua tahun dengan suaminya.
Perkongsian pengguna X, @wendy387698, mendedahkan suaminya terbongkar curang selepas dia menemui telefon lama yang masih aktif digunakan. Menerusi mesej yang ditemukan, wanita itu akhirnya tahu bahawa ‘housemate’ suami di Perak yang disangka lelaki selama ini sebenarnya seorang wanita.
Dalam ciapannya, wanita tersebut menyatakan bahawa dia reda jika suaminya benar-benar memilih wanita itu dan sanggup melepaskannya.
Aku ikhlas, aku reda kalau dia betul nak perempuan tu, aku sanggup lepaskan dia. But not until aku dapat tahu perempuan tu isteri orang yang PJJ juga dengan suami dia.
Hasil penyelidikan lanjut, dia mendapati wanita itu bukan calang-calang orang; wanita tersebut cantik, berkerjaya hebat, dan suaminya bekerja di offshore. Lebih mengejutkan, dia mengaku suami wanita tersebut jauh lebih segak daripada suaminya.
Dalam ciapan seterusnya, wanita itu turut mendedahkan bahawa suaminya pernah ‘melaram’ menaiki kereta Honda FL5. Apabila ditanya, suami memberi alasan bahawa dia hanya ‘pinjam’ kereta kawan dan tidak pernah mengajaknya berkunjung ke rumahnya di Perak.
Lebih memilukan, dia turut berkongsi tangkap layar mesej mesra antara suaminya dan wanita tersebut, yang menunjukkan hubungan mereka sangat manja, dengan perbualan mesra seperti masak bersama, buang sampah, dan panggilan sayang seperti pasangan suami isteri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.