“Sayang Sangat Kat Sejadah Tu..” – Ustaz Azhar Idrus Perjelas Isu Hukum Jemaah Perempuan Enggan Rapatkan Saf Di Masjid

Kehidupan

“Sayang Sangat Kat Sejadah Tu..” – Ustaz Azhar Idrus Perjelas Isu Hukum Jemaah Perempuan Enggan Rapatkan Saf Di Masjid

Tular sebelum ini mengenai satu hantaran berkenaan isu jemaah perempuan yang enggan merapatkan saf sehingga terlihat lompong besar dan berkelompok di sebuah masjid.

Perkongsian tersebut ternyata telah menuai pelbagai respon dalam kalangan warga maya yang rata-rata mengalami situasi yang sama di tempat mereka.

Advertisement

Berikutan itu, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil memberi respon dan penjelasan mengenai isu berkenaan di mana beliau memaklumkan bahawa makmum perlulah berganjak dan merapatkan saf untuk mendapatkan solat yang lebih kusyuk.

Kalau kebetulan kena berganjak, jadi perlulah berganjak. Biar sahaja orang lain duduk atas sejadah kita. Tengok ada lompong, kita bergerak dan tinggalkan sejadah.

Biarkan kaki lebih kurang sejengkal, tumit kiri dan kanan juga sejengkal. Jangan duduk renggang, sembahyang jemaah kena rapatkan saf, dengan rapatkan saf kita lebih khusyuk.

Dalam pada itu, Ustaz Azhar Idrus juga menjelaskan mengenai hukum tidak merapatkan saf ketika solat berjemaah.

Hukumnya kalau sengaja, makruh perbuatan tersebut. Paling penting sekali rapatkan saf dan luruskan saf.

Kerana nabi kata kalau tidak lurus maka hati kita jadi bengkang bengkok. Jika tidak rapat maka kita tidak rapat sesama kita.

@hariznajmi2

Isu Saf Orang Perempuan Dan Hukum Rapat Saf | Ustaz Azhar Idrus #saf #solat #solatterawih #ramadan

? original sound – Hareez – Hareez

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelajar vokasional
9 months ago

Pelajar Maut Dipuk*l, Dibuang Dari Tingkat 2 Kolej Vokasional Oleh Suspek - "Mangsa Dituduh Curi RM85"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...