Usahawan dan pempengaruh, Noor Nabila, mendapat perhatian ramai selepas berkongsi perasaan bangganya terhadap pelakon Indonesia, Jefri Nichol, di media sosial.
Dalam Instagram Story, Nabila memuat naik gambar bersama anaknya, Jebat Jayden Ahmad, dan Jefri, dengan kapsyen yang menyatakan dia sentiasa bangga dengan Jefri.
Perkongsian itu kemudiannya dikongsi semula oleh Jefri di akaun Instagramnya, yang turut meluahkan bahawa Jebat adalah anak saudara kesayangannya.
Sebelum ini, Noor Nabila turut menjadi perhatian apabila dilihat hadir di pertandingan tinju Superstar Knockout di Jakarta untuk memberikan sokongan kepada Jefri, yang merupakan kekasih adiknya, Ameera Khan. Turut hadir memberikan sokongan adalah bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad, dan anaknya, Jebat.