“Sayang Awak Sepenuh Hati” – Yazmin Aziz Kini Hangat Bercinta Dengan Bapa Anak Satu

Kehidupan

“Sayang Awak Sepenuh Hati” – Yazmin Aziz Kini Hangat Bercinta Dengan Bapa Anak Satu

Penyanyi dan pempengaruh sensasi, Yazmin Aziz sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang pencipta kandungan dari Filipina.

Bukan sekadar memuat naik foto mesra bersama, kapsyen romantik yang ditulis oleh Simon dalam beberapa hantaran turut menguatkan spekulasi bahawa mereka kini sedang dalam fasa mengenali hati budi sebelum membawa hubungan ke tahap lebih serius.

Advertisement

Dalam perkongsian terkininya, Simon secara terbuka menyuarakan isi hatinya terhadap Yazmin dan menzahirkan kesungguhan terhadap hubungan yang terjalin.

Saya bukanlah sempurna, tapi saya janji akan menyayangi kamu sepenuh hati, Yazmin. Kita masih dalam proses mengenali satu sama lain dan saya bukan di sini untuk main-main.

Saya di sini untuk layan kamu dengan baik dan jadi teman lelaki yang baik untuk masa depan, sebab kamu adalah seseorang yang berbaloi untuk diperjuangkan.

Selain itu, pasangan ini juga dilihat sering menghabiskan masa bersama dan tidak segan mempamerkan kemesraan mereka secara terbuka di media sosial.

Untuk makluman, Simon merupakan warga Filipina beragama Kristian. Dia masih bujang dan belum pernah berkahwin, namun mempunyai seorang anak perempuan bernama Sapphire Love Javier.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Engku sulwani berpelukan
2 days ago

"Memalukan! Nak Cabar Siapa Ni?" - Aksi Mesra Pempengaruh Bertudung Dan Penyanyi Undang Kritikan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...