“Saya Ziarah Kubur Arwah Zara, Saya Rasa Mahu Doa & Minta Satu Petunjuk Kebenaran..” – Peguam Ram Singh

Berita

“Saya Ziarah Kubur Arwah Zara, Saya Rasa Mahu Doa & Minta Satu Petunjuk Kebenaran..” – Peguam Ram Singh

Semakin banyak persoalan timbul dalam kes tragik melibatkan pelajar, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, yang ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu.

“Macam ada sesuatu yang kurang..”

Melalui laporan Berita Harian, peguam Datuk Ram Singh tampil berkongsi perasaannya selepas membuat satu lawatan yang menyentuh hati dengan menziarahi kubur Allahyarhamah Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang.

Advertisement

Saya ke sana sebab saya rasa macam kebenaran itu, macam there’s something missing (ada sesuatu yang kurang).

ram singh ziarah kubur zara

Menurut beliau, detik lawatan ini hadir selepas beliau melakukan lawatan ke lokasi kejadian (prosiding ‘locus in quo’) di asrama sekolah pada 11 September lalu, di  mana katanya terlalu banyak soalan tidak terjawab berkenaan apa yang sebenarnya berlaku kepada arwah Zara.

Beliau juga menyatakan telah meminta izin daripada penjaga kubur sebelum menziarahi pusara dan bertemu beberapa individu tempatan bagi memahami lebih lanjut tentang keadaan sekitar.

Redah hujan, lalu kawasan banjir demi menziarahi arwah

Bagi saya, memang ada kecuaianlah, ada kecuaian dari sekolahkah atau pihak lain. Itu sebabnya saya pergi (ziarah kubur arwah), saya rasa saya mahu doa, mahu minta satu petunjuk kebenaran, apa sebabnya, mungkin akan ada petunjuk dari situ.

zara qairina

Ram dan pasukan peguamnya bertolak dari Kota Kinabalu seawal jam 7 pagi dan sanggup meredah hujan lebat serta kawasan banjir di Kampung Bukau, Beaufort, semata-mata untuk ke tanah perkuburan arwah.

Sebagai peguam kepada salah seorang daripada lima remaja yang berdepan pertuduhan buli dalam kes ini, Ram adalah antara pihak berkepentingan dalam inkues kematian Zara Qairina yang kini sedang berlangsung di Mahkamah Koroner.

smka tun datu mustapha
2025-09-12 14:16:20

Kes Zara Qairina: Arwah Didakwa Terlibat Kes Mencuri Sebelum Kematiannya, Hadir Perjumpaan Haram 'MA'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...