Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Yang Minta Putus, Zara Zya Tidak Mahu – Hafreez Adam

hafreez adam zara zya putus tunang

Dikenali sebagai pasangan yang cukup mesra bersama, ramai yang terkejut apabila Hafreez Adam mengumumkan ikatan pertunangannya dengan aktres Zara Zya sudah terlerai sejak bulan lalu hanya selepas sebulan mereka bertunang.

hafreez adam zara zya putus tunang

Advertisement

Jelas Hafreez, perasaan kecewa membuatkan dia nekad memutuskan tali pertunangannya dengan Zara. Malah, sebelum ini dia dan Zara sudah beberapa kali cuba menyelamatkan hubungan mereka namun tiada jalan penyelesaian.

Ya, betul. Kami dah putus tunang. Kami dah cuba untuk selamatkan hubungan ini tetapi sebab kami tak nampak ia boleh diselamatkan lagi.

hafreez adam zara zya putus tunang

Sebab itulah keputusan untuk berpisah ini dibuat dan bagi saya, ia dibuat secara matang. Kami tak bergaduh pun dan saya akui, keputusan untuk putus itu datang daripada saya. Saya yang memilih untuk take time off.

Lama menyulam cinta, Hafreez akui dia masih sayangkan bekas tunangnya itu. Bagaimanapun, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak meneruskan perhubungan.

hafreez adam zara zya putus tunang

Benda ini terlalu baru. Sayang terhadap Zara itu masih ada cuma dalam masa sama, kecewa, ralat itu semua ada. Cuma saya tak mahu berfikiran negatif jadi saya anggap mungkin Tuhan nak saya ada dengan keluarga ketika ini.

Saya akui memang Zara pernah cakap dengan saya kalau boleh dia tak nak putus tunang. Tapi untuk saya sangat susah. Buat masa ini, lebih baik saya fokus kepada ahli keluarga dan kerjaya sahaja. Lagi pula, ayah baru meninggal dunia beberapa bulan yang lalu.

hafreez adam zara zya putus tunangHafreez dan Zara sebelum ini merencana untuk mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun hadapan. Tidak mengapalah, jodoh mereka sudah tertulis setakat ini sahaja, mungkin keputusan putus tunang ini adalah yang terbaik buat mereka berdua.

Advertisement

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Faridism Production

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. Anonymous

    December 17, 2019 at 2:39 pm

    Yang gambar si hafreez ni pergi wedding dengan seorang perempuan tu girlfriend baru die ke

  2. Anonymous

    December 17, 2019 at 12:34 pm

    aku syak zara ni couple lg dengan pengkid tu . yang hafreez ni pun tayah acah2 kau tu rogayah okayyy

  3. nip

    December 17, 2019 at 11:58 am

    ADAKAH DISEBABKAN SEADANYA AKU.. JELES??

  4. Sakitmata

    December 17, 2019 at 11:29 am

    Hmmm..dh ku agak dh..both x ready sebenarnya

  5. tecit

    December 17, 2019 at 11:16 am

    ha tulaaa tunang lg mcm nak nikah. ehhh. opsss sowiiii

Loading...
To Top