Melalui laporan Astro Awani, datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin menyatakan di Mahkamah Sesyen bahawa anak serta menantunya tidak terlibat dalam mengabai atau membunuh cucu yang merupakan kanak-kanak autistik, dua tahun lalu.
Percaya anak dan menantu tak bersalah
Kata datuk Zayn yang bernama Zahari Mohd Reba, 57, dirinya percaya Ismanira dan Zaim merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab dan sentiasa memberi perhatian penuh kepada arwah anak mereka.
Saya percaya anak dan menantu saya tidak terlibat dalam kematian Zayn. Saya yakin Ismanira tidak bersalah. Kami sekeluarga amat berduka dengan kehilangan ini, lebih-lebih lagi apabila pihak berkuasa masih belum berjaya mengenal pasti siapakah yang membunuh cucu saya.
Dedah Ismarina dan Zaim sayang Zayn Rayyan sepenuh hati
Tegas Zahari lagi, hubungan Ismanira dengan Zayn sangat rapat dan jika pasangan tersebut tidak bekerja pada hujung minggu, dia sendiri akan memastikan Zayn di bawa ke rumah untuk meluangkan masa bersama.
Zahari juga berkata dirinya terlibat dalam usaha mencari Zayn pada hari kejadian, sementara Ismarina membuat laporan polis.
Sekadar info, Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 sebelum ditemukan sudah meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di anak sungai kira-kira 20 meter daripada kediamannya, jam 10 malam keesokan hari.