Pelakon Linda Hashim yang ditemui media hari ini memaklumkan kes perceraian antara dia dan Beego tertunda.
Difahamkan, Beego tidak hadir ke mahkamah bagi sesi laporan majlis jawatan kuasa pendamai (JKP) dan dijangka berlarutan ke proses hakam.
Menurut peguam yang mewakili Beego, Muhammad Akmal Amzan, anak guamnya tidak hadir ke mahkamah kerana akibat masalah kesihatan.
Reda dengan keputusan itu, Linda meminta Beego untuk tidak menganggu kehidupannya dan menjelaskan mengenai dakwaan Beego yang mengatakan dia tidak pulang ke rumah selama 9 bulan.
Jangan manipulate, jangan menyebar fitnah. Saya tak ganggu dia. Baru post pasal anak dah terangkat, dia kata saya ‘provoke dia’ jangan saya post bukti-bukti dalam telefon. Saya warning jangan ganggu saya.
Dia beritahu di live saya tak balik 9 bulan. Saya dipukul, anak-anak trauma dan taknak balik, kunci rumah ada dekat dia, dan dikunci dari luar.
Terdahulu, Linda Hashim telah memfailkan perceraian terhadap Beego di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada awal Januari. Alasan utama perceraian adalah kerana tiada lagi persefahaman di antara mereka
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.