Written by AbangNara | December 23rd, 2013

Sejak kisah cintanya bersama Johan As’ari diketahui umum, pelbagai tohmahan, kata-kata cemburu dan tuduhan dilemparkan kepada Lana Nordin. Kalau Abang Nara jadi Lana, mesti sedikit sebanyak rasa sedih menyelubungi hati. Membaca luahannya menerusi BiPop semalam, Abang Nara memahami jiwa Lana sebagai seorang wanita yang mahu disayangi dan menyayangi seorang lelaki.

lana nordin dan johan as'ari

Kata Lana Nordin:-

Saya tak kisah apa orang nak cakap. Orang mungkin cakap dengan perhatian kisah saya dengan Johan, publisiti meluas diberikan. Tapi itu semua di luar kawalan saya. Jadi orang yang terus memandang negatif, teruskan, saya tak mampu menutup mulut mereka. Bukan mereka pun yang bayar bil dan belanja harian saya.

Tapi dalam soal saya dengan Johan, saya juga seperti wanita biasa yang mempunyai perasaan untuk disayangi dan menyayangi. Cuma antara saya dan Johan, ia terjadi tanpa dirancang. Dala soal publisiti hingga saat ini, tak kira publisiti baik atau buruk, ia tetap akan jadi publisiti.

lana nordin

Kalau sebelum ini ada desas-desus yang menyatakan dirinya sanggup bertudung demi Johan As’ari, Lana menafikan perkara tersebut dan menerangkan perubahan yang dilakukan adalah untuk dirinya sendiri. Kata Lana lagi:-

Selangkah demi selangkah, saya akan berubah. Saya tak boleh berubah serta-merta. Nanti nampak sangat saya tak ikhlas berubah dan boleh dianggap hipokrit. Apa yang saya lakukan ini bukan kerana Johan. Perubahan yang saya lakukan ini barangkali bertimbal balik pada soal masa. Ia seperti wake up call untuk saya berubah.

Saya manusia biasa yang tak pernah sempurna dan tak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Saya sudah mula memakai pakaian yang tidak mencolok mata. Saya cuba menjaga solat saya. Malah sudah tidak lagi memakai pewarna kuku. Baju lama yang kurang kain itu masih ada tapi saya simpan dan pakai di rumah saja.

lana nordin

Gembira Abang Nara membaca perubahan-perubahan yang sedang dilakukan oleh Lana Nordin. Perlahan-lahan kayuh. Kita ini pun bukannya makin muda. Makin hari makin dimamah usia. Dengan adanya Johan di sisi, pasti akan ada lebih banyak perubahan dan lebih mudah untuk Lana bertanya. Tak sabar rasanya untuk melihat Lana dan Johan mengikat hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan.
azalea

P.S: Dah masuk tahun 2014 dah kan? Jom kita ubah ketrampilan diri kita, jadi lebih sihat dan lebih menarik. Tak perlu susah-susah, segera dapatkan produk kesihatan dan kecantikkan. 2 in 1. Insyallah berkesan. Layari www.azaleadenaturale.com sebelum terlewat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

66 responses to Saya Wanita Biasa Yang Mahu Disayangi & Menyayangi – Lana Nordin

  1. […] Saya Wanita Biasa Yang Mahu Disayangi & Menyayangi – Lana Nordin (60) […]

  2. […] Saya Wanita Biasa Yang Mahu Disayangi & Menyayangi – Lana Nordin (62) […]

  3. […] Saya Wanita Biasa Yang Mahu Disayangi & Menyayangi – Lana Nordin (63) […]

  4. […] Saya Wanita Biasa Yang Mahu Disayangi & Menyayangi – Lana Nordin (64) […]

  5. […] Saya wanita biasa yang mahu disayangi & menyayangi […]