January 15th, 2018

Setibanya di mahkamah pagi tadi, keadaan Datuk Farid Kamil nampaknya lebih tenang berbanding ketika beliau ditahan Khamis lalu. Perkara itu juga diakui oleh adiknya, Fadzil Zahari yang berasa lega melihat abangnya itu yang sangat positif hari ini.  Tidak dinafikan, ia juga atas berkat doa serta sokongan daripada peminat dan rakan artis.

Sebelum ini saya nampak dia sangat tertekan, tetapi hari ini emosi dalam keadaan baik dan tenang. Mungkin kerana sokongan teman artis dan rakan media. Kami sekeluarga mementingkan kesihatan Farid dan berharap dia kembali pulih seperti biasa dan kita tengok macam mana nanti.

Pada masa yang sama, Fadzil sempat untuk memohon maaf kepada pihak polis serta orang awam yang menjadi mangsa serangan Farid sebelum ini.

Difahamkan, tempoh tahanan reman Farid akan tamat esok. Harapnya selepas beliau bersedia nanti, beliau boleh menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya agar tidak timbul lagi sebarang spekulasi liar. Sama-sama kita nantikan kenyataan daripada tuan empunya badan sendiri nanti.

Sumber Berita : mStar Online


38 responses to “Saya Wakil Farid Mohon Maaf Kepada Pihak Polis Dan Orang Awam – Fadzil Zahari”

  1. Miss says:

    Adik dia ni mmg bertanggung jawab la…sentiasa ada masa susah dn senang…kes farid ni dia ada dari mula sampai skrg and backup abang dia mana patut…esok2 farid n diana jgn lupa la org mcm ni…

    • Mr says:

      darah daging juga yg membantu, betullah kata pepatah; air dicincang Xkan putus…dlm kes mcm nie, kalo dah beristeri/bersuami patutnya merekalah yg sepatutnya berada disisi…peace.

  2. kkkkkk says:

    adik dia ni mmg always clearing their shits ka? haritu diana, ni farid pulak.

  3. adakah says:

    masa kena tahan tu harus la tak tenang sbb lalok.. sekarang lebih tenang sbb waktu lalok dh abis..

  4. damai says:

    kalau ganja dia x akan aggressive, dia dah lalok dgn dunia dia sendiri, ini pasti ada campuran benda lain, allahu walam.org yg hisap dadah, sblm ambil dia akan agressive pasal gian x dapat tapi once mrk dah dapat dadah x aggressive pun, kita jgnlah semberanganan berkata sebelum kita tahu apa yg benar2 terjadi, but really salute his adik, sgp memohon maaf on behalf of his brother, ini menunjukkan, adik dia mmg family bonding type

  5. Anonymous says:

    Sihir wasnt the one. aku rasa ada orang campur barang dalam ganja dia ni. sama la mcm minum ketum. original ketum elok je. tapi org yang nak ketum lagi kaw, dia tambah la air bateri + ubat nyamuk.

    • wekkkkkkk says:

      ketum original mmg kow airnya jika pekat, tapi kalau minum jgn pekat sgt, nnti badan rebah..(kalau 1 cawan teh yg kecil air ketum, mesti tmbah air kosong jadikan 1000 liter, kalau ko minum, x ada kesan apa) ..hehehehe.

      apa2pun amek ganja atau dadah yg lain bagi suami, maka jika isteri hamil, nnti anak lahir x sempurna, kalau sempurnapun, akan ada cacat dalaman…pcyalah ckp wekkkkkkk ni..

Loading...