Setibanya di mahkamah pagi tadi, keadaan Datuk Farid Kamil nampaknya lebih tenang berbanding ketika beliau ditahan Khamis lalu. Perkara itu juga diakui oleh adiknya, Fadzil Zahari yang berasa lega melihat abangnya itu yang sangat positif hari ini. Tidak dinafikan, ia juga atas berkat doa serta sokongan daripada peminat dan rakan artis.
Sebelum ini saya nampak dia sangat tertekan, tetapi hari ini emosi dalam keadaan baik dan tenang. Mungkin kerana sokongan teman artis dan rakan media. Kami sekeluarga mementingkan kesihatan Farid dan berharap dia kembali pulih seperti biasa dan kita tengok macam mana nanti.
Pada masa yang sama, Fadzil sempat untuk memohon maaf kepada pihak polis serta orang awam yang menjadi mangsa serangan Farid sebelum ini.
Difahamkan, tempoh tahanan reman Farid akan tamat esok. Harapnya selepas beliau bersedia nanti, beliau boleh menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya agar tidak timbul lagi sebarang spekulasi liar. Sama-sama kita nantikan kenyataan daripada tuan empunya badan sendiri nanti.