Pelakon kacak sensasi, Aiman Hakim Ridza memaklumkan dia kini sedang sibuk menyiapkan rumahnya dan sanggup berehat sementara daripada mana-mana tawaran berlakon selama 6 bulan.
Ujar Aiman, dia sendiri kini menjadi kontraktor mengubahsuai rumah setelah tidak berpuas hati dengan hasil kerja pihak yang dipertanggungjawab untuk menyiapkan urusan itu.
‘Bersara’ sementara dari dunia lakonan
Lebih mengutamakan keselesaan keluarga apatah lagi isterinya, pelakon Zahirah Macwilson kini sedang hamil anak kedua, Aiman mengambil keputusan untuk menolak beberapa tawaran berlakon serta projek raya.
Dah pindah lama tapi rumah baru saja siap diubahsuai sepenuhnya. Alhamdulillah, ini rezeki anak juga la. Sebenarnya mula-mula kami memang ada kontraktor dan site superviser.
Tapi kami tak berapa gembira dengan kerja dia. Jadi, saya buat keputusan untuk buat sendiri memandangkan saya ada la sedikit ilmu. Saya tak ambil sebarang shooting selama enam bulan untuk fokus pada rumah.
Sepatutnya saya ada terlibat dengan projek raya tetapi saya terpaksa tolak semua. Saya utamakan keluarga, nak mereka duduk rumah itu dalam keadaan selesa.
Ada menanggung kerugian akibat kesilapan orang lain
Dia dalam pada itu turut mengakui ada menanggung kerugian namun menganggapnya sebagai satu pengajaran hidup.
Rugi itu memang tidak boleh kita nak nafikan. Tapi walaupun orang itu tak buat dengan baik, tetap ada sumbangan yang diberikan.
Kita pun belajar silap orang, ketidaksempurnaan orang, sebenarnya bukan untuk kita kritik semata-mata, tapi sebagai iktibar. Kita patut belajar daripada apa secara pun. Rugi itu tak penting. Yang penting, kami selesaikan benda itu.
Aiman juga enggan memanjangkan isu tersebut kerana merasakan media sosial bukanlah jalan terbaik untuk meluahkan sebarang perkara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.