“Saya ‘Upload’ Untuk Diri Sendiri..” – Mengaku Bersalah, Lelaki Hina Islam Didenda RM50K

Berita

“Saya ‘Upload’ Untuk Diri Sendiri..” – Mengaku Bersalah, Lelaki Hina Islam Didenda RM50K

Beberapa hari yang lalu, tindakan seorang lelaki menghina agama Islam dengan mengeluarkan kata-kata kesat telah mengundang rasa marah di kalangan masyarakat terutamanya yang beragama Islam dan sebelum di tahan oleh pihak polis, dia telah dipukul hingga berdarah oleh orang ramai.

Terbaru, lelaki terbabit dilaporkan mengaku secara sedar bahawa dia membuat dan memuat naik video menghina itu di platform YouTube dengan niat untuk menyakiti orang lain.

Advertisement

Difahamkan dari artikel Sinar Harian, pengakuan itu dibuat sendiri oleh individu bernama Mohd Nor’muzil Mohd Razalli di hadapan hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang hari ini.

Ahmad Rizki Abdul Jalil ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang hari ini.

Dalam pada itu, dia turut berkata kandungan di dalam YouTube yang dimuat naik olehnya itu hanya untuk dirinya sahaja.

Sebenarnya video itu di upload untuk diri saya sendiri. Saya mengaku bersalah.

lelaki hina islam didenda RM50K

Susulan itu, hakim memerintahkan agar tertuduh didenda sebanyak RM50,000 dan sekiranya gagal membayar, lelaki terbabit perlu dipenjara selama enam bulan.

Hakim turut memohon agar tertuduh untuk menginsafi diri dan bertaubat dari kesalahan yang dilakukan olehnya.

Sekadar info, sebelum ini Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling dalam hujah pemberatan hukuman memohon hukuman serius terhadap tertuduh. Ini berikutan tindakannya yang dengan jelas menjatuhkan martabat dan kesucian Islam.

hina
2 years ago

"Kenapa Tiba-Tiba Jadi Macam Ni?" - Lelaki Hina Islam Rupanya Selalu Kongsi Kisah Nabi Di Youtube?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...