“Saya Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka..” – Difitnah Salah Ajar Pelajar, Cikgu Zack Kirana Gesa Dua Individu Mohon Maaf

Kehidupan

“Saya Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka..” – Difitnah Salah Ajar Pelajar, Cikgu Zack Kirana Gesa Dua Individu Mohon Maaf

Angkara sebuah video yang dimuat naik di media sosial, pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti yang dikenali ramai, Cikgu Zack Kirana memberi masa selama tiga hari kepada dua individu yang telah memburukkan namanya itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Telah membuat laporan polis

Menurut Cikgu Zack ini, dirinya telah membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya telah difitnah dan dikecam oleh individu yang bergelar Sir Ghaz dan seorang lagi individu yang merupakan gurunya.

Advertisement

Tambahan pula, dia turut berkongsi video Sir Ghaz itu yang telah mendakwa dirinya adalah punca mengapa pelajar Sir Ghaz ini tidak melakukan eye contact ketika ujian lisan kerana mengikut ajarannya.

Perjelas tuduhan

Namun begitu, Cikgu Zack telah menjelaskan bahawa tips yang pernah dikongsikan olehnya kepada pelajar yang menduduki ujian lisan itu telah disalah tafsir. Katanya, dia tidak menyarankan pelajar untuk tidak membuat eye contact dengan pentaksir cuma sekali-sekala boleh mengalihkan pandangan supaya tidak terlalu gementar.

Jika kerap melakukan eye contact akan membuatkan pelajar gementar, jangan lah tengok terus ke dalam mata. Tengok lah kening atau bahagian dahi. Sesekali boleh tengok ke bahagian udara dan tengok semula pentaksir. Itu hanyalah panduan untuk kurangkan debaran. Nak bagi pelajar rasa selesa.

@zackkirana27  #zackkirana #saman #cikguzackkirana #fyp #fypシ #foryoupage ♬ original sound – zack kirana

Susulan itu, Cikgu Zack turut menggesa agar kedua-dua individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah memburukkan imejnya sebagai seorang pendidik.

3 months ago

"Tolonglah Balik, Saya Harap Sir Balas Cinta Saya" - Pindah Sekolah, Cikgu Terkejut Dapat Mesej Luahan Cinta Anak Murid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...