“Saya Tumpang Gembira Tapi Itu Bukti Saya Tak Pernah Menipu..” – Shuhada Ucap Tahniah Atas Pernikahan Kedua Hafidz Roshdi

Hiburan

“Saya Tumpang Gembira Tapi Itu Bukti Saya Tak Pernah Menipu..” – Shuhada Ucap Tahniah Atas Pernikahan Kedua Hafidz Roshdi

Susulan berita perkahwinan aktor Hafidz Roshid dan Athira Yuhada yang berlangsung pada Jumaat malam itu, bekas isteri kepada pengantin lelaki itu hanya mampu mengucapkan tahniah kepada pasangan baru tersebut.

Kata Shuhada, perkahwinan yang telah rasmi itu merupakan bukti bahawa selama ini dirinya tidak pernah memberi kenyataan yang tidak benar berkenaan isu keretakan rumah tangganya sebelum ini. Namun, dia hanya turut gembira atas berita itu.

Advertisement

Itu hajat dia, pilihan dia. Baguslah, harap yang terbaik saja dalam hidup mereka.

Saya tumpang gembira dan pernikahan itu bukti saya tak pernah menipu sebelum ini. Tahniah di atas pernikahan kedua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Pada masa yang sama, ibu kepada dua cahaya mata ini tidak akan menghalang ayah mereka dan isteri barunya untuk berjumpa dengan anak-anaknya. Katanya, itu bergantung kepada mereka namun Shuhada berkata setakat ini kedua anaknya itu belum bersedia untuk berjumpa ayahnya mahupun Athira.

Sebelum ini, Shuhada sempat mendakwa bahawa wujudnya orang ketiga iaitu Athira di tengah hubungannya bersama bekas suaminya sebelum memutuskan untuk bercerai enam bulan lalu.

athira
1 year ago

"Saya Kenal Dia Sejak Umur 15 Tahun.." - Cinta Pertama Hafidz Roshdi Berputik Kembali Selepas Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...