Usahawan terkenal, Datin Seri Shahida, mendedahkan bahawa dia pernah memergoki pembantu rumah dan tukang kebunnya melakukan perkara yang tidak senonoh di kediamannya.
Pendedahan tersebut dibuat oleh isteri kepada usahawan Datuk Aliff Syukri itu menerusi satu siaran langsung di TikTok.
Dalam rakaman skrin yang dimuat naik di platform berkenaan, Shahida menyatakan bahawa meskipun dirinya kelihatan lembut, kejadian itu benar-benar mencetuskan kemarahannya.
Saya punya marah sampai saya tumbuk lelaki itu. Saya ni gengster tau.Paling pantang orang buat perkara tidak senonoh di rumah saya.
Mengimbas kembali kejadian tersebut, isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri itu memaklumkan bahawa pasangan tersebut melakukan hubungan intim di ruangan bawah tanah (basement) rumahnya.
@modelistaempire ? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Perbuatan tersebut hanya terbongkar selepas salah seorang daripada mereka ditangkap mencuri.
Saya dapat tahu sebab salah seorang itu ditangkap mencuri dan satu penipuan itu membuka kepada penipuan yang lain.Mereka berdua bukan suami dan isteri.
Apabila ditanya sama ada tindakan itu mendedahkan aib, Shahida menjelaskan bahawa niatnya adalah untuk memberi peringatan kepada orang ramai, khususnya mereka yang menggaji pembantu rumah.
“Ini bukan aib, saya tidak sebut nama dan ini merupakan pengajaran.Siapa yang ada pembantu rumah kena ambil perhatian terutamanya kalau ada tukang kebun dan pembantu rumah. Perkara ini akan jadi, tidak mustahil.” ujarnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.