“Saya Trauma Gila-Gila..” – Buka Mulut Pasal Kes Ditahan JAIS Beberapa Kali, Netizen Sebak Dengan Luahan Sajat

Trending

“Saya Trauma Gila-Gila..” – Buka Mulut Pasal Kes Ditahan JAIS Beberapa Kali, Netizen Sebak Dengan Luahan Sajat

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video memaparkan rakaman sesi Live oleh usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendedahkan pengalamannya sewaktu pernah menjadi tahanan pihak berkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS).

Advertisement

Menurut penyanyi lagu Bobo Dimana itu, dia berasa trauma apabila ditahan hanya kerana memakai jubah dan berhijab ketika memberikan sumbangan kepada sebuah tahfiz.

Saya pernah masuk dalam bilik tahanan, disebabkan tu I dicajkan kerana membuatkan Islam dipandang hina.

Susulan kejadian tersebut, Sajat mengakui menghidapi masalah anxiety kerana sentiasa memikirkan tentang pihak yang sering ingin menghukumnya.

Itulah kes yang I kena, sampai diorang nak kenakan I 3 tahun masuk dalam penjara. Sebab tula I terus jadi trauma. I tauma gila-gila.

Dalam pada itu, usahawan berusia 37 tahun itu turut menitipkan pesanan kepada pihak berkuasa JAIS bahawa dia sudah memaafkan segala perbuatan yang dilakukan keatasnya.

Kepada orang-orang JAIS yang telah buat kat saya, saya maafkan.

Bukan itu sahaja, Sajat turut memaklumkan walaupun dia rasa terkilan dengan tindakan sesetengah pihak namun dia tetap mahu menggembirakan dan menghiburkan orang ramai di Malaysia.

I ni baik orang nya, baik sangat. I suka buat kelakar, suka bagi advice… tapi orang tak pernah pun faham perasaan I. Sebab I sayang you all.

@sajatofficialtiktok

LUAHAN HATI SEORANG SAJAT #fyp #fyp? #sajat #nursajat #foryou #foryoupage #viral #fyp??viral

? Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Ok Lah Dari Kau..." - Digelar Tak Cantik Lepas Pembedahan Hidung, Lana Nodin Balas Komen Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...