Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video memaparkan rakaman sesi Live oleh usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendedahkan pengalamannya sewaktu pernah menjadi tahanan pihak berkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS).
Menurut penyanyi lagu Bobo Dimana itu, dia berasa trauma apabila ditahan hanya kerana memakai jubah dan berhijab ketika memberikan sumbangan kepada sebuah tahfiz.
Saya pernah masuk dalam bilik tahanan, disebabkan tu I dicajkan kerana membuatkan Islam dipandang hina.
Susulan kejadian tersebut, Sajat mengakui menghidapi masalah anxiety kerana sentiasa memikirkan tentang pihak yang sering ingin menghukumnya.
Itulah kes yang I kena, sampai diorang nak kenakan I 3 tahun masuk dalam penjara. Sebab tula I terus jadi trauma. I tauma gila-gila.
Dalam pada itu, usahawan berusia 37 tahun itu turut menitipkan pesanan kepada pihak berkuasa JAIS bahawa dia sudah memaafkan segala perbuatan yang dilakukan keatasnya.
Kepada orang-orang JAIS yang telah buat kat saya, saya maafkan.
Bukan itu sahaja, Sajat turut memaklumkan walaupun dia rasa terkilan dengan tindakan sesetengah pihak namun dia tetap mahu menggembirakan dan menghiburkan orang ramai di Malaysia.
I ni baik orang nya, baik sangat. I suka buat kelakar, suka bagi advice… tapi orang tak pernah pun faham perasaan I. Sebab I sayang you all.
@sajatofficialtiktok LUAHAN HATI SEORANG SAJAT #fyp #fyp? #sajat #nursajat #foryou #foryoupage #viral #fyp??viral
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.