“Saya Trauma..” – Anak Arwah Pengasas Dnars Akhirnya Jejak Kaki Di Thailand Selepas 4 Tahun Kematian Tragis Ibu

Kehidupan

“Saya Trauma..” – Anak Arwah Pengasas Dnars Akhirnya Jejak Kaki Di Thailand Selepas 4 Tahun Kematian Tragis Ibu

Melalui laman TikTok baru-baru ini, anak perempuan kepada pengasas kosmetik, Allahyarham Faziani Rohban iaitu Irdina Hakim memberitahu dirinya baru mempunyai kekuatan untuk jejakkan kaki ke Thailand selepas sekian lama tidak ke sana.

Kata Irdina, dia enggan menjejakkan kaki ke Thailand selepas hampir empat tahun kerana trauma dengan kematian tragis yang berlaku terhadap ibunya semasa berada di sana.

Advertisement

Kenapa saya tak kuat? Sebab kematian mommy yang misteri di Thailand membuatkan saya jadi trauma dan merindui dia yang teramat.

@dnarfaziani4 Mami ni tahap Queen dia di Golok sehingga satu Golok bersedih & buat tahlil untuk mami sewaktu pemergiannya,mami tetap no SYATUU di hati semua org❤️ #hebatdnars #dnarsselamanya ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Kata wanita itu, terlalu banyak memori yang telah dicipta olehnya bersama arwah ibu di Thailand dan setiap tempat yang dikunjungi pasti ada kenangan bersama.

Sekadar info, Allahyarham Faziani yang merupakan pengasas Dnars meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.

anak pengasas dnar
2 years ago

(VIDEO) "Tak Cukup Ibu Meninggal Ditangannya.." - Anak Pengasas Dnars Dedah Bapa Tiri Tuntut Harta Jutaan Ringgit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...