Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Berita

“Saya Tidur Lena Makan Sedap, Ada Orang Tidur Dalam Bonet Kereta..” Ebit Lew Bantu Keluarga Ganesh Sewakan Rumah

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew kini dilihat telah memberi bantuan dan meringankan beban sebuah keluarga India iaitu S Ganesh,34, dan isteri S Parameswary,32, serta tiga anak mereka yang tinggal di dalam kereta sementelah rumah mereka musnah dalam sebuah kebakaran pada awal April lalu.


Perkara itu telah dihebahkan menerusi media sosial Facebook dan Instagram yang turut memaparkan sebuah video pendek serta gambar sepanjang pertemuan Ebit Lew dengan keluarga itu.

Difahamkan Ganesh dan ahli keluarganya telah tinggal dalam kereta setelah rumah mereka terlibat dalam kebakaran. Manakala dari segi persiapan diri seperti mandi mereka sekeluarga terpaksa melakukannya di tandas awam.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Kerja guard malam bawa keluarga tidur dalam kereta. Rumah mereka terbakar bulan empat. Semua habis musnah. Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta je.”

Ebit Lew turut membantu keluarga itu dengan menyewakan sebuah rumah serta membeli barangan keperluan seperti perkakas rumah dan sebagainya. Pendakwah bebas itu turut memuji pasangan ini yang sangat berbudi bahasa dan baik melayan tetamu.


Sekadar info, keluarga kecil ini telah tinggal menetap dalam sebuah kereta proton Iswara yang berusia kira-kira 20 tahun bersama tiga anak mereka setelah rumah mereka di Lebuh Carnarvon, Pulau Pinang, musnah dijilat api pada awal April lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    December 26, 2020 at 9:45 am

    Ramasamy Palanisamy mana ….kenapa tak tolong family susah ini sembang bukan kuat konon nak bela nasib kaum india ! habok pun tarakk

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top