Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Tidaklah Baik Sangat Tapi Akan Buat Perkara Macam Tu..”- Adam Shah Nafi Bawa Anak Tidur Sebilik Dengan Kekasih

Adam Shah

Selain pengumuman PKP 2.0 oleh kerajaan, kecoh juga di media sosial apabila pelakon Fatin Afeefa mendedahkan bahawa bekas suaminya telah membawa anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia tidur sebilik dengan kekasih hatinya.

Fatin Afeefa dan anak

Advertisement

Ivy dikatakan telah bercerita mengenai bapanya, Adam Shah telah membawanya tidur sebilik bersama dengan seorang wanita serta seorang lagi individu yang tidak dikenali. Difahamkan, wanita tersebut adalah teman wanita Adam yang turut dikhabarkan bahawa mereka berdua akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Memilih untuk mendiamkan diri daripada memberi sebarang kenyataan kerana ingin membawa perkara tersebut ke mahkamah, Adam menjelaskan bahawa dirinya bukanlah seorang yang baik namun tidaklah sampai melakukan perkara seperti itu.

View this post on Instagram

 

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Adam Shahz (@adamshahz)

“Saya tak nak beri kenyataan sebab nak bawa perkara itu ke mahkamah. Apa yang dikatakan pihak sana (Fatin) itu fitnah! Saya sedar, diri bukan la baik sangat tapi tidaklah sampai nak buat perkara tidak senonoh depan anak.Apa-apa pun, tak ada apa yang boleh saya komen lebih lanjut dan kita biarkan mahkamah yang menentukan perkara itu nanti.”

Terdahulu, Fatin Afeefa telah memuat naik sebuah video pendek perbualan antara dia dengan anak perempuannya itu namun telah memadam kesemua perkongsiannya itu di Instagram dan tampil memohon maaf kerana terpaksa membuka cerita perihal hal rumah tangganya kepada umum.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    January 13, 2021 at 11:10 am

    inilah bahaya nya prasangka buruk. die boleh je mintak penjelasan instead of just lashes everything online without proof. tp as a mom still i would be pissed off too kalau tau anak dipengaruhi benda2 xbaik camtu. but still benda boleh bincang ckp elok2 kan.. bile dah camni mcm fitnah laa.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama