Selain pengumuman PKP 2.0 oleh kerajaan, kecoh juga di media sosial apabila pelakon Fatin Afeefa mendedahkan bahawa bekas suaminya telah membawa anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia tidur sebilik dengan kekasih hatinya.
Ivy dikatakan telah bercerita mengenai bapanya, Adam Shah telah membawanya tidur sebilik bersama dengan seorang wanita serta seorang lagi individu yang tidak dikenali. Difahamkan, wanita tersebut adalah teman wanita Adam yang turut dikhabarkan bahawa mereka berdua akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Memilih untuk mendiamkan diri daripada memberi sebarang kenyataan kerana ingin membawa perkara tersebut ke mahkamah, Adam menjelaskan bahawa dirinya bukanlah seorang yang baik namun tidaklah sampai melakukan perkara seperti itu.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Saya tak nak beri kenyataan sebab nak bawa perkara itu ke mahkamah. Apa yang dikatakan pihak sana (Fatin) itu fitnah! Saya sedar, diri bukan la baik sangat tapi tidaklah sampai nak buat perkara tidak senonoh depan anak.Apa-apa pun, tak ada apa yang boleh saya komen lebih lanjut dan kita biarkan mahkamah yang menentukan perkara itu nanti.”
Terdahulu, Fatin Afeefa telah memuat naik sebuah video pendek perbualan antara dia dengan anak perempuannya itu namun telah memadam kesemua perkongsiannya itu di Instagram dan tampil memohon maaf kerana terpaksa membuka cerita perihal hal rumah tangganya kepada umum.