Pelakon Pekin Ibrahim meluahkan rasa kesal dan turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kisah cintanya bersama seorang model dari London yang dikenali sebagai Iman hanya rekaan semata-mata demi mempromosikan filem terbarunya.
Pekin juga memberitahu beliau ada mempunyai niat untuk mendirikan rumah tangga cuma buat masa ini beliau masih ingin fokus dan bekerja keras untuk menstabilkan ekonomi diri serta mengumpul aset sebelum bergelar suami.
Buat apalah saya nak ‘propa’…Kami masih bersama, orang boleh cakap apa sahaja kerana tidak pernah melihat saya mendedahkan dia (di laman sosial). Biarlah saya berkongsi mengenai kerja dan projek terkini bersama peminat, itu lebih baik daripada berkongsi cerita peribadi.
Terdahulu, Pekin mengakui beliau dan Iman sedang menjalin hubungan jarak jauh sejak dua tahun lalu dan sudah tekad untuk menamatkan zaman bujangnya bersama wanita tersebut.