Saya Tidak Terima Permohonan Maaf Mereka Kerana Bapa Saya Dipandang Seperti Seekor Haiwan – Watson Nyambek

Hiburan

Saya Tidak Terima Permohonan Maaf Mereka Kerana Bapa Saya Dipandang Seperti Seekor Haiwan – Watson Nyambek

Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya, itulah pepatah yang paling tepat menggambarkan tindakan Ammar Titan yang mempersendakan nama mendiang bapa, Watson Nyambek menerusi rancangan Sukan Tak Sentral.

Advertisement

Meskipun pihak Primeworks Studios Sdn Bhd dan Ammar sudah meminta maaf secara terbuka, pelari pecut negara itu tetap tidak dapat menerima segala permohonan maaf tersebut kerana terlalu tersinggung apabila bapanya dipandang seperti haiwan.

Sekarang saya hendak jelaskan di sini, walaupun mereka meminta maaf di hadapan anda semua (media), di TV serta di depan rakyat Malaysia, khasnya di Sarawak, kepada saya, saya sekarang ini susah hendak menerima maaf itu. Ini kerana bapa saya ini dipandang seperti seekor haiwan. Apa perasaan saya dan bagaimana perasaan anda semua?

 

Menurut Watson, beliau sudah membuat laporan polis berhubung isu penghinaan berkenaan dan akan berusaha untuk mendapat keadilan.

Mungkin suatu masa nanti, hati saya akan terbuka…dan saya akan menerima kemaafan ini. Jadi sekarang saya belum hendak menerima (permohonan) maaf. Saya akan teruskan perjuangan saya mendapatkan keadilan.

Terus-terang, secara sengaja atau tidak, tiada siapa di dalam dunia ini harus mempermainkan ataupun mempersendakan nama bapa orang lain. Malah, bapa Watson Nyambek juga ada usahanya dalam mendidik pelari pecut negara itu untuk menjadi seorang atlet yang terbaik dan mengharumkan nama Malaysia.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Video : MY MUKAH

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...