Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Tidak Tergugat Dengan Pelakon Baru Berbadan Sasa, Bakat Lakonan Yang Penting – Johan As’ari

Dulu kalau kita tonton filem dan drama Hollywood sahaja, pasti hero-hero mereka semua berbadan sasa bukan?

Namun, sejak beberapa tahun ini, ramai juga pelakon-pelakon lelaki di Malaysia sudah mula berbadan sasa dan sering tampil sebagai hero didalam drama-drama ataupun filem.

Advertisement

Walaubagaimanapun, pelakon Johan As’ari memberitahu beliau selesa dengan bentuk tubuh badannya dan tidak mahu terikut-ikut dengan trend artis sekarang yang membina badan sasa untuk menarik perhatian ramai.

Saya tidak terfikir untuk buat badan sasa seperti hero-hero baru sekarang.  Walaupun ada watak yang memerlukan saya berbadan sasa tapi untuk watak itu sahajalah.

Selepas drama itu saya tidak teruskan dan badan saya akan kembali seperti biasa.

Malah, Johan akui beliau tidak merasa tergugat dengan kehadiran pelakon baru yang berbadan sasa.

Johan yakin, bukan badan sasa yang menjamin kualiti seseorang pelakon itu tetapi bakat lakonan yang penting untuk mana-mana produksi menawarkan sesebuah projek.

Saya tidak rasa drama-drama sekarang hanya mahu hero berbadan sasa sahaja, saya juga tidak tergugat dengan kehadiran pelakon-pelakon lelaki yang lebih kacak dan sasa.

Pada saya ramai lagi penerbit yang mahu mengambil pelakon badan biasa-biasa seperti saya. Sebenarnya yang paling penting ialah bakat lakonan.

Advertisement

Betul kata Johan tu, kalau harapkan badan sasa ataupun kata orang sado, tetapi kalau berlakon pun seperti kayu tiada gunanya juga bukan? Kadang-kadang penonton pun mahu melihat lakonan yang berkualiti agar tidak merasa bosan.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top