October 14th, 2019

Episod kontroversi pelakon Amar Asyraf dan “kekasih gelapnya”, Ellika Azman seakan tidak ada pengakhirannya.

amar asyraf

Selepas kedua-dua isteri Amar tampil memberikan penjelasan berkaitan rumah tangga mereka, Ellika menerusi muat naik terbaru di Instagramnya berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan bukti sekiranya terdapat percanggahan kenyataan mengenai hubungannya dengan pelakon berstatus suami orang itu.

Ellika menegaskan bahawa dia akan menunjukkan semua bukti termasuk audio perbualannnya dengan Amar berkaitan hubungan percintaan mereka.

ellika azman tunjuk bukti

Niatnya bukan untuk meraih publisiti tetapi semata-mata ingin membela nasib anak Amar bersama isteri keduanya.

Terdahulu, Ellika tampil membuat pendedahan dan mendakwa dirinya dan Amar bercinta sejak September tahun lalu dan turut memuat naik foto dan video mesra bersama Amar. Menurut Ellika, mereka sepatutnya bernikah di Thailand tetapi terpaksa membatalkan perancangan itu selepas dia sendiri terkejut apabila mengetahui aktor tersebut mempunyai dua orang isteri.


19 responses to “Saya Tidak Teragak-Agak Tunjuk Semua Bukti – Ellika Azman Skandal Amar Asyraf”

  1. krooohhhh says:

    kau tunjuk je semua bukti elika.. buktikan yang bukan kau yang terhegeh2.. skrng ni bini ammar dan ammar buat macam kau lah punca semua ni jadi.. kau lah yang nak sangat dekat si ammar ni.. aku peercaya dengan kau elika..

    nasib baik kau bongkar yang si ammar ni ada bini kedua.. aku rasa kalau kau kawin dengan si ammar ni.. kene cerai dah bini ke 2 dia tu.. mmg nampak gaya dia mmg dah tak nak dah kat bini ke dua dia tu

    kau tegakkan kebenaran..jangan biarkan orang aniaya kau..biarpun kau sorang2..

  2. free spritz says:

    Melayu yg tak progressive, kepala otak pikir pasai seks je, bodoh macam ba alip ba ya

  3. Anonymous says:

    tolong keluarkan semua bukti supaya jelas semuanya ya…alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan gituuu…

  4. Anonymous says:

    Org lelaki bila kau tergedisks gediks memanglah dia suka walaupun dia dah ada bini 3 4 orang. Kau pulak tak nak menyiasat dari awal status dia tu sedangkan senang je kau dapat tahu pasal dia sebab dia artis terkenal. Bongoks jugak pompuan ni

  5. anon says:

    Apasal kat melodi semalam AA nangis teresak2 pastu acah2 seolah2 terkena buatan orang? bukan dia sendiri yg cari pasal nak jd playboy sangat. poyo je

Loading...